Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah..Berkat rezeki dari Allah S.W.T, maka berdaftarla secara rasminya Razz Dakein Technology Sdn Bhd (890703-K) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 22 Februari 2010.Pusat Latihan ini telah memulakan operasinya pada 1 Mac 2010 bertempat di 11-1 & 2 Jalan Dataran Selayang 2, Dataran Selayang,68100,Selayang,Selangor.
Alhamdulillah..Berkat rezeki dari Allah S.W.T, maka berdaftarla secara rasminya Razz Dakein Technology Sdn Bhd (890703-K) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 22 Februari 2010.Pusat Latihan ini telah memulakan operasinya pada 1 Mac 2010 bertempat di 11-1 & 2 Jalan Dataran Selayang 2, Dataran Selayang,68100,Selayang,Selangor.
Objektif penubuhan syarikat ini adalah bagi mengendalikan program latihan ICT yang bercorak hands-on kepada pekerja-pekerja syarikat korporat swasta dan juga badan kerajaan.Syarikat kami juga mengendalikan bengkel-bengkel,seminar, kursus-kursus umum,program jangka pendek kepada semua peringkat iaitu kepada pelajar lepasan spm, belia, graduan menganggur dan juga kepada pekerja-pekerja yang diberhentikan.
Peluang mendalami ilmu ICT ini juga terbuka kepada pelajar-pelajar yang sedang belajar di peringkat sekolah. Kami juga bersedia menyediakan perkhidmatan ke luar bandar untuk mendorong remaja luar bandar lebih minat dan fokus kepada keperluan ICT dan Multimedia.
Dengan itu,Syarikat berharap agar mampu menyahut seruan kerajaan untuk mengurangkan pengangguran dan meningkatkan ekonomi negara. Dengan pelbagai program ICT yang ditawarkan, syarikat juga berpeluang mendidik dan menyediakan latihan ke arah menjadikan komuniti peka terhadap kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi semasa.Selain itu,kami juga dapat membantu komuniti di dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara optima lagi berkesan bagi faedah kehidupan seharian mereka, membantu mengimbangi pembangunan insan dan infrastruktur dari sudut kepentingan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi antara bandar dan luar bandar. Dengan adanya latihan-latihan sebegini sedikit sebanyak dapat membantu ke arah merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat Bijak-IT.
Sekian.Wasalam..
Nadira
Pengarah Urusan

0 comments:
Post a Comment